Meaningless



Diary About Link Stuff



Follow|Home
Tuesday 22 January 2013 | 08:48 | 2comments
Assalamualaikum . . .

ermmmm...kali ni aku nak cakap tentang CINTA ! ! !
Apa Ada Dengan Cinta?????#macam lagu Melly Goeslow la pulak...hehehe

CINTA CINTA CINTA....aku buntu macam mana nak mulakan...terlalu bnyk yg terlintas di minda sehinggakan rumit untuk ku lerai satu per satu..


                     
                                                    Sumber : Cik GOOGLE ....hehehe

Bentuk hati sering kali dikaitkan dgn cinta.Aku pun tak tahu knpa dikatakan begitu.Ayat yg sering meniti di bibir pasangan bercinta sudah semestinya I LOVE YOU.Mengatakannya sangat mudah tetapi mampukah seseorang itu menzahirkan perasaan cintanya kpd seseorang yg dicintai????Terdapat ramai pasangan bercinta pada masa kini menyalahgunakan perkataan "menzahirkan perasaan cinta" kerana dari hari ke hari semakin bnyk kes2 terlanjur yg berlaku.Inilah yg membawa kpd jenayah pembuangan bayi.Perlukan cinta itu dizahirkan dgn melakukan hubungan intim????Bagiku cara untuk menzahirkan perasaan cinta adalah dgn berjumpa dgn bakal mertua dan menyatakan hasrat untuk mengahwini anak mereka.Ya,"Perkahwinan" la yg mampu membuktikan keikhlasan dan kesucian cinta kita terhadap seseorang.

Jujur aku katakan aku adalah seorang yg belum pernah bercinta ataupun lebih dikenali sbg "BUTA cinta" tetapi aku tahu serba sedikit tentangnya kerana aku bnyk memerhati gelagat pasangan2 yg bercinta.

Dari sudut pandangan ku.CINTA adalah sesuatu yang "misteri" kerana terlalu bnyk yg tersirat dri yg tersurat.Bagiku cinta itu mempunyai pahit dan manisnya.Orang2 tua sering berkata "yang manis jangan terus ditelan dan yg pahit jangan terus diluah".Suatu kata2 yg ringkas tetapi sarat dgn unsur nasihat.

Adakah cinta ini penting kpd remaja zaman kini????Pelajar seawal sekolah rendah suda menganal istilah "COUPLE".Apakan lagi dgn pelajar sekolah menengah yg sudah mulai berjinak-jinak dgn aktiviti yang tidak bermoral.Bagiku,cinta di zaman persekolahan akan menjatuhkan prestasi akademik seseorang itu.Tetapi,tidak semuanya begitu ada juga yang berjaya menaikkan prestasi akademiknya dgn perkara cinta ini.Ianya terpulang kpd diri sendiri jika merasa cinta itu akan membebankan maka tidak perlulah bercinta.Terdapat juga yg hanya ingin menjadikan perkara COUPLE ini sekadar suka2.Contohnya,ia sering bertukar2 pasangan setiap kali putus cinta.

Jika ingin ber"couple" pasanglah niat yang baik iaitu berniat untuk mengahwininya kelak dan jagalah adab2 dan batas2 pergaulan.

Setakat itu sahaja kali ini.InsyaAllah aku akan sambung mengenai topik ini kelak.Mohon maaf jika terkasar bahasa dan ada yg tersinggung dgn apa yg aku katakan.Jujur tidak terlintas dihati ini untuk melakukannya.

Terima kasih atas segalanya :)

Older Post | Newer Post








Template By: HER
Base code: HER
Some stuff: * * * *