Meaningless



Diary About Link Stuff



Follow|Home
Monday 18 March 2013 | 21:14 | 0comments
Assalamualikum...

Keputusan SPM 2012 tak lama lg diumumkan.Siapa yang nak jadi guru tu mesti korang mengaharapkan agar masi ada permohonan untuk tahun ni kan sebab ada rumours yg mengatakan tahun ni hanya 30% pelajar cemerlang SPM 2012(yg mendapat 9A ke atas) yang akan ditawarkan.

Berbalik kpd tajuk N3 kali ni.Permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Jun 2013 akan dibuka pada hari jumaat ni bersamaan dgn 22.03.2013.Gembira tak?????x caya??????
haaa ni buktinya......

JENG JENG JENG!!!!!!!











Ini adalah maklumat penting dan ringkas yg aku dapat dari iklan yg dimuat turun tu:
~>SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas
30 Jun 1993.
1.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
1.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan
mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
1.5.1 Bahasa Melayu;
1.5.2 Sejarah;
1.5.3 Satu (1) mata pelajaran yang lain;
serta
1.5.4 lulus Bahasa Inggeris.
1.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohona
i
~>Cara Memohon

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman
sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac
2013.
2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi
mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta
kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar
sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan
menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


TAKE NOTE:TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)
.........permohonan hanya akan dibuka selama 10 HARI.........

Okay skrg dah percaya kan.Untuk maklumat lanjut korang boleh lar berkunjung ke website KPM.Untuk memudahkan korang download iklan tu,korang boleh klik d sini.


Sampai d sini jak ya untuk kli ni saya nak tengok TV..hehehe

Older Post | Newer Post








Template By: HER
Base code: HER
Some stuff: * * * *